Friday, February 4, 2011

BRAVO PUTERA 1MALAYSIA...PAS ZIONIS.


Kelab Putera 1Malaysia akan menghantar 30 tan makanan ke Mesir bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas oleh protes antikerajaan di negara itu.

Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata makanan itu akan dihantar menerusi pesawat AirAsia yang disediakan oleh syarikat penerbangan tambang murah itu.

Abdul Azeez, yang baru pulang ke tanah air selepas mengetuai misi membantu pelajar Malaysia yang terjejas oleh banjir di Queensland, Australia, berkata seramai 30 sukarelawan termasuk beberapa doktor, akan turut serta dalam penerbangan ke Mesir itu bagi membantu pelajar dan rakyat Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.




"Kami akan menghulurkan bantuan makanan dan membantu dalam misi pemindahan. Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kerajaan sedang berusaha untuk membantu anak-anak mereka di sana," katanya.

Terdapat kira-kira 11,300 penuntut Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Mesir. Ribuan rakyat Mesir mengadakan demonstrasi di beberapa bandaraya negara itu bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah menerajui negara itu selama 30 tahun meletakkan jawatan, menyebabkan negara itu kini dilanda krisis terburuk.


AGENDA DAILY

1 comment:

  1. Salam PAD.
    Terima kasih sudi singgah diblog saya tempohari.Saya pun mcm sdra org baru dlm dunia blogging ini.

    Apapun sama2 kita kongsi pengalaman dan perjuangan.

    salam

    ReplyDelete

Followers